29 December 2011

keperluan dan kehendak itu berbeza

assalamualaikum and hello readers.


bergambar. siapa yang tak suka? aku! tapi itu dulu. cerita semasa zaman tok kaduk dulu. tapi, zaman da berubah. jadi, aku pun berubah. berubah menjadi seorang yang gila kamera. pensyarah aku pernah cakap 'a picture tell a thousand words'. betul. aku tak nafikan. tapi pada aku, 'a picture capture a moment and the moment will never be forget'.


sekarang da takda kamera yang guna filem. kalau ada pun, lomo. ehh. ye ke? polaroid macam susah nak jumpa. zaman da maju. kamera digital jadi pilihan. gambar tak cantik, boleh padam.  kalau dulu, wajib dapat angle terbaik. kalau tak, buat rugi filem je. DSLR da jadi trend. budak sekolah rendah pun ada. tapi, aku takda. belum mampu lagi.

kadang kadang aku terfikir. keperluan ke DSLR ni? mungkin pada sesetengah orang, ya. tapi, aku tak rasa macam tu. ini cuma pendapat aku.  apa guna kamera mahal tapi kualiti gambar sama je macam kalau guna kamera handphone. tak berbaloi. kalau setakat nak sangkut dekat leher, tayang sini sana. tak payah la duk perabih duit mak ayah.

mungkin terasa bergaya ada DSLR. terasa diri tu up-to-date. terasa kau berada satu paras lebih dari orang lain. ada kawan aku cakap, 'ada kamera mahal macam DSLR tak menjadikan kau seorang jurugambar. tapi hasil kreativiti dan imaginasi tu yang penting'. ya. aku akui. ada gajet canggih itu hanya satu bonus kepada anda.  aku tak hebat dalam fotografi. tapi aku pasti, semua orang boleh menilai kecantikan sekeping gambar. pada aku, gambar yang baik adalah gambar yang boleh membuatkan orang berfikir dan nampak cerita disebalik gambar yang diambil.



jadi, keperluan atau kehendak? tepuk dada, tanya akal. kalau tanya selera, semua benda kita nak :)
oh! lupa. ukur baju dibadan sendiri. bukan biar papa, asal bergaya.



nota kaki; ini cuma pendapat. bukan bermaksud nak mengutuk atau mengkritik. ini hanya ingatan untuk diri sendiri. sekian.

12 comments:

FahmiFaiz said...

drpd apa yg aku tgk kt internet,,gambar2 yg amik pkai lomo lg stylo drpd DSLR...walaupon kamera murah & simple, tp result gempak :D

fyqa said...

@FahmiFaiz
haa. tu la pasal. da jadi trend. plus, rasanya harga lomo berkali ganda murah dari DSLR. effect dia mmg stylo :D

susulemakmanis said...

betul2..setuju!

Dalila Hamid said...

ikut keperluan..

fyqa said...

@susulemakmanis
hee. thanks!
tapi tak semua ada pendapat yang sama, kan ? :)

fyqa said...

@Dalila Hamid
tu la yang sepatutnya.
tapi semua itu, ikut la hati masing masing :]

bebeldotsorang said...

Yeah keperluan dan kehendak itu mmg berbeza..ikut kehendak sgt merana diri hehe :)

fyqa said...

@bebeldotsorang
betul betul betul.
kadang kadang membazir je kalau ikut kehendak. beli sesuatu atas dasar nak ikut trend. huuu~

iyou said...

wah.. baru lahir blog nih! btw, keep it up! ^^

..aZhAri.cOm.. said...

memang betull..^^ lukisan gmbr menerangkan mksd trsirat...

fyqa said...

@..aZhAri.cOm..
hee. satu pendapat la kita ni.
tapi kadang kadang susah juga nak amek gmbr yg boleh bg maksud tersirat utk gambar tu.huuu

Cik Oda Gelang said...

hahaha betui tu dorang ni kadang ikut trend je...