29 December 2011

keperluan dan kehendak itu berbeza

assalamualaikum and hello readers.


bergambar. siapa yang tak suka? aku! tapi itu dulu. cerita semasa zaman tok kaduk dulu. tapi, zaman da berubah. jadi, aku pun berubah. berubah menjadi seorang yang gila kamera. pensyarah aku pernah cakap 'a picture tell a thousand words'. betul. aku tak nafikan. tapi pada aku, 'a picture capture a moment and the moment will never be forget'.


sekarang da takda kamera yang guna filem. kalau ada pun, lomo. ehh. ye ke? polaroid macam susah nak jumpa. zaman da maju. kamera digital jadi pilihan. gambar tak cantik, boleh padam.  kalau dulu, wajib dapat angle terbaik. kalau tak, buat rugi filem je. DSLR da jadi trend. budak sekolah rendah pun ada. tapi, aku takda. belum mampu lagi.

kadang kadang aku terfikir. keperluan ke DSLR ni? mungkin pada sesetengah orang, ya. tapi, aku tak rasa macam tu. ini cuma pendapat aku.  apa guna kamera mahal tapi kualiti gambar sama je macam kalau guna kamera handphone. tak berbaloi. kalau setakat nak sangkut dekat leher, tayang sini sana. tak payah la duk perabih duit mak ayah.

mungkin terasa bergaya ada DSLR. terasa diri tu up-to-date. terasa kau berada satu paras lebih dari orang lain. ada kawan aku cakap, 'ada kamera mahal macam DSLR tak menjadikan kau seorang jurugambar. tapi hasil kreativiti dan imaginasi tu yang penting'. ya. aku akui. ada gajet canggih itu hanya satu bonus kepada anda.  aku tak hebat dalam fotografi. tapi aku pasti, semua orang boleh menilai kecantikan sekeping gambar. pada aku, gambar yang baik adalah gambar yang boleh membuatkan orang berfikir dan nampak cerita disebalik gambar yang diambil.



jadi, keperluan atau kehendak? tepuk dada, tanya akal. kalau tanya selera, semua benda kita nak :)
oh! lupa. ukur baju dibadan sendiri. bukan biar papa, asal bergaya.



nota kaki; ini cuma pendapat. bukan bermaksud nak mengutuk atau mengkritik. ini hanya ingatan untuk diri sendiri. sekian.