01 March 2012

Dulu dan sekarang: memang berbeza

assalamualaikum readers and blogger :)


hari tu aku tolong buat assignment abang kepada cik room mate. inilah namanya orang da takda kerja. sibuk nak cari kerja. sekali, hambek! buat karangan 1500-1800pp. mati kutu nak buat ayat. nasib baik aku takda kutu. tajuk karangan macam kacang, kononnya la. remaja dahulu vs remaja sekarang. tersenyum sendiri bila baca balik :)



SATU:
kalau dulu nak bagi surat cinta, sampai berkajang muka surat dikarang semata mata nak luahkan perasaan.
kalau sekarang, guna SMS je. ' jom kapel '. terus la jadi pasangan kekasih. cepat, pantas dan tuntas. facebook pun boleh.
takda nak berkias kias da. bak kata omputih, straight to the point. da ada highway, kenapa nak lalu jalan lama. ye dok?



DUA:
kalau dulu, ada handphone tiga tiga sekupang tu da kira ohsemmm gila la. kau ada? aku takda. serious. aku tak tipu.
tapi sekarang, tak main da handphone keypad ni. semua nak main yang touch screen saja. tak main handphone pakai keypad ni. kalau ada pun, beri hitam.
hakikatnya, kalau handphone dulu, da terbarai pun masih boleh pakai. tapi sekarang, faham faham sendiri la.


TIGA:
kalau dulu, petang petang berkumpul main polis sentri la. galah panjang. teng teng. rounders. konda kondi. syok gila!
tapi sekarang, nak tengok budak budak keluar rumah main benda tu semua, memang payah la. duk menghadap PS, PSP, XBOX je.
sebab tu la kadang kadang budak budak ni tak kenal budak lain yang duduk kat sekitar rumah. jiran sebelah pun kadang kadang tak kenal.


EMPAT:
kalau dulu, kena marah, kena cubit, kena rotan dengan cikgu kat sekolah da dikira normal da. kalau balik rumah, siap dapat extra 'hadiah' lagi.
tapi sekarang, baru naik tangan sikit, da mengadu kat sini sana. terasa yang budak budak sekarang semakin manja. manja tak bertempat. lepas tu, besar kepala.

sebenarnya ada lagi isi yang aku guna, tapi tak ingat la. so, apa pandangan korang?
aku tak kata apa yang aku tulis ni betul. ini cuma pandangan sendiri. no offense! :)


nota kaki: baru sedar diri ni da nak masuk 22, ingatkan tengah muda remaja lagi -.-"

29 December 2011

keperluan dan kehendak itu berbeza

assalamualaikum and hello readers.


bergambar. siapa yang tak suka? aku! tapi itu dulu. cerita semasa zaman tok kaduk dulu. tapi, zaman da berubah. jadi, aku pun berubah. berubah menjadi seorang yang gila kamera. pensyarah aku pernah cakap 'a picture tell a thousand words'. betul. aku tak nafikan. tapi pada aku, 'a picture capture a moment and the moment will never be forget'.


sekarang da takda kamera yang guna filem. kalau ada pun, lomo. ehh. ye ke? polaroid macam susah nak jumpa. zaman da maju. kamera digital jadi pilihan. gambar tak cantik, boleh padam.  kalau dulu, wajib dapat angle terbaik. kalau tak, buat rugi filem je. DSLR da jadi trend. budak sekolah rendah pun ada. tapi, aku takda. belum mampu lagi.

kadang kadang aku terfikir. keperluan ke DSLR ni? mungkin pada sesetengah orang, ya. tapi, aku tak rasa macam tu. ini cuma pendapat aku.  apa guna kamera mahal tapi kualiti gambar sama je macam kalau guna kamera handphone. tak berbaloi. kalau setakat nak sangkut dekat leher, tayang sini sana. tak payah la duk perabih duit mak ayah.

mungkin terasa bergaya ada DSLR. terasa diri tu up-to-date. terasa kau berada satu paras lebih dari orang lain. ada kawan aku cakap, 'ada kamera mahal macam DSLR tak menjadikan kau seorang jurugambar. tapi hasil kreativiti dan imaginasi tu yang penting'. ya. aku akui. ada gajet canggih itu hanya satu bonus kepada anda.  aku tak hebat dalam fotografi. tapi aku pasti, semua orang boleh menilai kecantikan sekeping gambar. pada aku, gambar yang baik adalah gambar yang boleh membuatkan orang berfikir dan nampak cerita disebalik gambar yang diambil.



jadi, keperluan atau kehendak? tepuk dada, tanya akal. kalau tanya selera, semua benda kita nak :)
oh! lupa. ukur baju dibadan sendiri. bukan biar papa, asal bergaya.



nota kaki; ini cuma pendapat. bukan bermaksud nak mengutuk atau mengkritik. ini hanya ingatan untuk diri sendiri. sekian.